Penjawat Awam Johor diminta pakai Kain Benang Johor setiap Jumaat mulai 2025

28 Nov 2024 • 9:56 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Mulai tahun hadapan, semua penjawat awam di Johor digalakkan mengenakan baju kurung dan baju Melayu Teluk Belanga yang dipadankan dengan Kain Benang Johor sebagai pakaian kerja setiap hari Jumaat.

Langkah ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar, sebagai usaha memperkenalkan hasil kraf tradisional Johor kepada masyarakat umum, termasuk pelancong tempatan dan antarabangsa.

Menurut beliau, usaha ini juga bertujuan untuk meningkatkan penghargaan terhadap produk warisan negeri sambil menyokong penggiat industri kraf tangan tempatan.

“Kain Benang Johor kini semakin diminati, dan pemakaian oleh penjawat awam dapat mempromosikan produk ini dengan lebih luas,” katanya.

Langkah ini dilihat sebagai salah satu strategi menyokong industri kraf Johor, sekaligus memartabatkan identiti budaya tempatan.

Sumber: Harian Metro