Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000

LocalPolitics
11 Mar 2026 • 10:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000

ALOR SETAR -- Seramai 5,600 penjawat awam negeri Kedah bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026 sebanyak RM1,000.

Perkara itu umumkan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Sanusi, bantuan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri itu akan disalurkan pada 13 Mac ini oleh Kerajaan Negeri.

Tambahnya, bantuan khas itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM5.6 juta dan merupakan sebahagian daripada bantuan kewangan khas yang diumumkan dalam pembentangan Bajet Kedah 2026.

"Pemberian bantuan khas ini diharap dapat membantu penjawat awam negeri membuat persiapan menyambut Aidilfitri sebagai menghargai komitmen mereka dalam melaksanakan tanggungjawab kepada kerajaan dan rakyat negeri ini," katanya.

Baca juga:

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri 2026 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Pada November tahun lalu, Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada penjawat awam negeri sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka dalam perkhidmatan awam.

Bantuan khas kewangan tersebut melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM10 juta.

Pembayaran dibuat secara berperingkat, iaitu sebahagiannya disalurkan pada Januari sempena pembukaan sesi persekolahan, manakala baki pembayaran dibuat pada Mac bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.