Penjawat awam Pahang dapat bonus dua bulan gaji, raya RM1,500

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 12:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penjawat awam Pahang dapat bonus dua bulan gaji, raya RM1,500

KUANTAN – Rezeki berganda buat penjawat awam Pahang apabila bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersamaan dua bulan gaji selain Bantuan Khas Perayaan (BKP) Aidilfitri sebanyak RM1,500 tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian BKK itu melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM58 juta dan akan dibayar dalam dua fasa iaitu pada Januari serta Jun 2027.

Menurutnya, pemberian itu merupakan tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap dedikasi dan pengorbanan penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada kelancaran pentadbiran serta pembangunan Pahang.

“Penjawat awam negeri turut menerima BKP Aidilfitri sebanyak RM1,500 seorang bagi membantu meringankan beban mereka membuat persiapan menyambut perayaan itu, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM12 juta.

“Jumlah bantuan berkenaan meningkat RM300 berbanding RM1,200 yang diberikan pada tahun ini,” katanya ketika berucap membentangkan Belanjawan Pahang 2027 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Wan Rosdy menjelaskan, pemberian kedua-dua bantuan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan penjawat awam yang sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab serta amanah diberikan.

The post Penjawat awam Pahang dapat bonus dua bulan gaji, raya RM1,500 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved