Penjawat awam Pahang terima dua bulan gaji, bantuan Aidilfitri RM1,500

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 12:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penjawat awam Pahang terima dua bulan gaji, bantuan Aidilfitri RM1,500
Wan Rosdy

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada seluruh penjawat awam negeri ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di sini pada Jumaat.

"Bantuan membabitkan peruntukan keseluruhan RM58 juta itu akan dibayar dalam dua fasa iaitu pada Januari dan Jun 2027," katanya.

Beliau memaklumkan Kerajaan negeri turut menyediakan Bantuan Khas Perayaan sebanyak RM1,500 bagi membantu penjawat awam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Jelasnya, bantuan khas perayaan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM12 juta.

“Semoga penghargaan ini menjadi suntikan semangat kepada seluruh penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, memelihara integriti dan melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat Pahang Darul Makmur,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved