Penjawat awam Perlis terima bantuan khas kewangan RM1,500

LocalPolitics
27 Nov 2026 • 7:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penjawat awam Perlis terima bantuan khas kewangan RM1,500
Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah (kanan) membentangkan Belanjawan 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis (Mesyuarat Kedua, Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Perlis ke-15) di Kompleks Seri Putra hari ini. Foto Bernama

KANGAR -  Kerajaan negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam negeri, termasuk kakitangan kontrak, yang akan dibayar secara berperingkat pada Januari dan Mac 2027.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, pemberian bantuan itu sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa, pengorbanan dan dedikasi penjawat awam dalam memastikan kelancaran pentadbiran negeri.

"Di sebalik kecemerlangan pentadbiran negeri, berdirinya insan-insan yang bekerja dengan penuh amanah dan bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat negeri Perlis,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Perlis 2027 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Abu Bakar berkata, bayaran peringkat pertama akan disalurkan pada Januari depan bagi meringankan beban perbelanjaan penjawat awam pada awal tahun, khususnya bagi persiapan persekolahan anak-anak.

Bayaran peringkat kedua pula akan disalurkan pada Mac 2027 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.- Bernama 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved