
SHAH ALAM – Penjawat awam di negeri ini bakal menerima dua bulan gaji atau minimum RM1,000 menerusi pemberian Bantuan Khas Kewangan Kita Selangor.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu diberikan sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan awam yang bertungkus-lumus menjayakan bantuan kepada rakyat, terutama dalam Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang mengupaya golongan rentan, pelajar sekolah, wanita bekerja, petani dan pesawah.
“Kerajaan Negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Kita Selangor bagi Tahun 2026 sebanyak dua bulan gaji atau dua bulan elaun dengan bayaran minimum RM1,000,” katanya di sini hari ini.
Berita lanjut menyusul
The post Penjawat awam Selangor dapat bantuan khas dua bulan gaji appeared first on Kosmo Online.






