Penjawat Awam Selangor Senyum Lebar, BKK 3 Bulan Gaji Jadi Berita Gembira

LocalPolitics
14 Nov 2025 • 10:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selangor sekali lagi menunjukkan komitmen kukuh terhadap kebajikan penjawat awam apabila mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersamaan tiga bulan gaji kepada semua kakitangan negeri.

image is not available

Suntikan semangat buat penjawat awam

Memetik laporan daripada Berita RTM, Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam sidang media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2026, dan disambut sebagai satu suntikan semangat besar untuk warga kerja kerajaan negeri.

image is not available

Penghargaan buat penjawat awam

Menurut beliau, insentif tersebut bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi penghargaan terhadap usaha penjawat awam yang memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar dan berkesan sepanjang tahun.

BKK itu juga melibatkan pemimpin masyarakat serta sukarelawan yang turut memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri.

“Jumlah keseluruhan Bantuan Khas Kewangan (BKK) adalah untuk tempoh tiga bulan. Sebanyak satu setengah bulan (1.5 bulan) telah diterima, dibayar pada bulan Februari 2025 dan sebelum Aidilfitri.
Baki satu setengah bulan (1.5 bulan) lagi akan diterima pada akhir tahun ini, serentak dengan pembayaran gaji bulan Disember oleh Kerajaan Negeri Selangor. Perincian lanjut akan saya sampaikan kemudian,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Tanda Penghargaan, Penjawat Awam Johor Terima Bonus 2 Bulan Gaji Disember Ini

Pengumuman itu sekaligus memberi kelegaan kepada ramai kakitangan negeri yang menyambut baik inisiatif tersebut, apatah lagi menjelang musim hujung tahun yang lazimnya memerlukan perbelanjaan tambahan.

Langkah ini dilihat selari dengan usaha kerajaan negeri memperkukuhkan motivasi dan kesejahteraan warga perkhidmatan awam agar terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Sumber: Berita RTM 

The post Penjawat Awam Selangor Senyum Lebar, BKK 3 Bulan Gaji Jadi Berita Gembira appeared first on Borak Daily.