Penjawat awam terima bantuan khas RM1,500, pesara RM750

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 5:46 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penjawat awam terima bantuan khas RM1,500, pesara RM750

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan sebanyak RM750 turut diberikan kepada lebih satu juta pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

“Mengenang jasa penjawat awam, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM750 turut diberikan kepada lebih satu juta pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

“Pembayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan sempena Ambang Tujuh Dasawarsa Merdeka,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. –UTUSAN

The post Penjawat awam terima bantuan khas RM1,500, pesara RM750 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved