Belanjawan 2027: Bantuan RM1,000 Untuk Pemandu Teksi, Kereta Sewa Dan Bas Sekolah Minggu Depan 

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 6:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Belanjawan 2027: Bantuan RM1,000 Untuk Pemandu Teksi, Kereta Sewa Dan Bas Sekolah Minggu Depan 

KUALA LUMPUR - Pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah akan menerima bantuan kewangan sekali bayar sebanyak RM1,000 minggu depan menerusi hasil penjualan nombor pendaftaran khas siri H.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu akan memanfaatkan 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara.

Ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata hasil penjualan nombor pendaftaran berkenaan turut digunakan untuk membiayai beberapa inisiatif bantuan rakyat lain.

Antaranya termasuk bantuan penerbangan RM500 untuk pelajar, ujian lesen motosikal kelas B2 secara percuma bagi golongan belia kurang berkemampuan serta pengagihan topi keledar percuma.

“Apabila tadbir urus ditambah baik, hasil daripada pelaksanaan reformasi dapat disalurkan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan juga akan memperkukuh ketelusan dengan mendedahkan maklumat projek awam, termasuk kontraktor yang dilantik dan nilai kontrak, susulan penguatkuasaan Akta Perolehan Kerajaan yang dijadualkan bermula tahun depan.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan kepada agensi penguatkuasaan, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia bagi mempergiat operasi penguatkuasaan. - Getaran, 9 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved