Penjejak Objek Google Pixel Tag Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
3 Aug 2026 • 10:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Google Pixel 11 akan dilancarkan pada 12 Ogos depan dengan ia akan menjadi siri peranti kedua dilancarkan dengan Androi 17. Selain empat model Pixel 11, Google akan menggunakan kesempatan dalam majlis yang sama melancarkan Pixel Tag – penjejak objek bluetooth pertama mereka.

Image from: Penjejak Objek Google Pixel Tag Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi
Pixel Tag – Gambar 9to5Google

Pixel Tag akan mempunyai ciri sama dengan Apple AirtTag dan Samsung SmartTag dengan ia boleh dijejak menggunakan Find Hub. Ia turut dilengkapi pembesar suara yang mengeluarkan bunyi untuk memudahkan ia dicari. Tubuhnya bujur dengan terdapat satu lampu LED di hadapan juga untuk memudahkan pencarian pada waktu malam.

Ia tidak mempunyai lubang cangkuk terbina seperti SmartTag dan tidak diketahui sama ada ia akan menyokong UWB seperti SmartTag dan AirTag. Turut menjadi tanda tanya ialah jenis bateri yang membekalkan kuasa. Boleh dijangka ia bateri bulat boleh ganti dan bukan bateri li-ion yang boleh dicas semula.

Maklumat lebih lanjut mengenai spesifikasi dan harga jualan akan diketahui apabila Pixel Tag dilancarkan pada 12 Januari depan.

Sumber – 9to5Google

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved