Vivo S2 Dilancarkan Dengan Rekaan Mirip iPhone Air Dan Pixel

TechnologyDigital
7 Aug 2026 • 4:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo baru sahaja melancarkan Vivo S2 di India dengan rekaan yang kelihatan cukup dikenali. Ia memperlihatkan gabungan elemen daripada iPhone Air dan Google Pixel khususnya melalui bonggol kamera bulat melengkung di bahagian belakang.

Image from: Vivo S2 Dilancarkan Dengan Rekaan Mirip iPhone Air Dan Pixel

Vivo S2 hadir dengan skrin AMOLED berukuran 6.83″ yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksimum sehingga 3000 nits. Peranti ini dipadankan dengan cip Dimensity 7360-Turbo bersama memori 8GB RAM serta storan dalaman sehingga 256GB untuk memberikan prestasi yang lancar di samping ruang simpanan yang mencukupi untuk kegunaan harian.

Image from: Vivo S2 Dilancarkan Dengan Rekaan Mirip iPhone Air Dan Pixel

Sistem kamera Vivo S2 terdiri daripada gabungan lensa 50MP dan 2MP di bahagian belakang, manakala kamera swafoto 32MP disediakan untuk rakaman potret serta panggilan video yang lebih jelas. Selain itu, peranti ini turut menawarkan pelbagai mod fotografi termasuk 50MP High Resolution, Panorama, Ultra-HD Document, Slow Motion, Time-lapse, Super Moon, Professional, Food, dan Dual-view Video sekali gus memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk menghasilkan gambar mengikut keperluan masing-masing.

Image from: Vivo S2 Dilancarkan Dengan Rekaan Mirip iPhone Air Dan Pixel

Vivo S2 dilengkapi bateri 7050 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 44W yang membolehkan ia dicas semula dengan lebih cepat. Ia turut hadir dengan ketahanan IP68 dan IP69 untuk perlindungan debu dan air, sementara itu sistem operasi OriginOS 6 memastikan pengalaman perisian yang terkini. Di India, harga jualannya bermula ₹39,999 (~RM1,716), namun buat masa ini masih belum ada maklumat mengenai ketersediaannya di Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved