Penjenayah maut ditembak dalang samun bersenjata, miliki 17 rekod jenayah

19 Nov 2026 • 10:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Penjenayah maut ditembak dalang samun bersenjata, miliki 17 rekod jenayah

Lelaki berusia 39 tahun yang maut berbalas tembakan dengan polis di Tambun dipercayai dalang kumpulan samun bersenjata api dengan 17 rekod jenayah lampau.

IPOH: Lelaki yang maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Persiaran Lembah Perpaduan, Tambun di sini, awal pagi tadi dipercayai dalang kumpulan samun bersenjata api dan memiliki 17 rekod jenayah lampau.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata suspek ialah warga tempatan berusia 39 tahun dan antara rekod jenayah lampau itu melibatkan samun, dadah dan pecah rumah.

Beliau berkata suspek dipercayai terlibat dengan kumpulan samun bersenjata api yang melakukan kira-kira 22 kes pecah rumah di Perak, Melaka, Pulau Pinang dan Selangor dari setahun lepas.

“Modus operandi kumpulan itu ialah menyasarkan kediaman berhampiran lebuh raya dan mereka akan meninjau (sebelum menyamun) dan memakai topeng semasa melakukan jenayah itu.

“Polis giat mengesan empat lagi suspek yang disyaki juga terlibat manakala seorang suspek berjaya ditahan di Tanjong Malim baru-baru ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.

Berhubung kejadian tembakan itu, Kumar berkata polis mendekati kereta Perodua Axia dipandu suspek kerana mencurigakan pada kira-kira 2.30 pagi, namun suspek bertindak memecut laju sehingga boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Polis yang mengejar suspek berjaya memintas kenderaan itu dan berlaku sedikit perlanggaran.

“Suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis yang memaksa polis membalas tembakan tersebut,” katanya.

Kumar berkata pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan sepucuk senjata api separa automatik, peluru hidup (tiga), kelongsong peluru (enam), parang (tiga) dan satu paket lutsinar dipercayai mengandungi  dadah jenis syabu. 

Selain itu, pihaknya menemukan pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk kegiatan samun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, iaitu cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved