Penjual minuman guna air tandas

Food
25 Jul 2026 • 8:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penjual minuman guna air tandas

NEW DELHI – Seorang peniaga di India mengundang perhatian orang ramai apabila bersahaja menggunakan air yang diambil dari tandas awam untuk menyediakan minuman berperisa limau, lapor stesen penyiaran NDTV. 

Kejadian berlaku berhampiran Stesen Kereta Api Charbagh di negeri Uttar Pradesh, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @mera_kachra_mere_bag_me menunjukkan penjual tersebut mengisi bekas kosong dengan air  pili tandas sebelum berjalan ke gerainya. 

Dia menggunakan air tersebut untuk menyediakan minuman sebelum dijual kepada pelanggan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Ini sebab saya tidak beli makanan atau minuman berhampiran stesen kereta api,” kata seorang netizen. 

“Ada sebab mengapa masak di rumah lebih baik,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

The post Penjual minuman guna air tandas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved