Penjual Terkejut Dapat ‘Request’ Kek Tauge Dari Pelanggan

Entertainment
1 Jun 2024 • 11:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Meskipun mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan badan, namun tak semua orang suka makan tauge. Ada sesetengah orang tu sanggup asingkan satu persatu tauge dalam mee goreng atau soto ayam sebab tak nak makan sayuran tersebut.

Namun, lain pula buat seorang individu ini kerana dia telah membuat permintaan yang lain daripada yang lain kepada peniaga kek ini.

Dia telah membuat tempahan kek yang dihias dengan banyak tauge di bahagian atas kek tersebut.

Permintaan lain daripada yang lain itu telah dikongsikan oleh penjual kek tersebut yang dilihat agak ‘pening kepala’ dengan permintaan kek tauge oleh pelanggannya itu.

Video tersebut telah dikongsikan menerusi TikTok kedai kek berkenaan yang dikenali sebagai ____thebakehouse di platform TikTok.

@____thebakehouse

requestan baru : kue toge. lama lama disini jadi spesialis kue aneh aneh coy #fyp

♬ にこにこわんちゃん – Mzyika Sound

Dalam video yang berdurasi 27 saat itu, dapat dilihat peniaga itu menghias bahagian luaran kek tersebut dengan tauge-tauge mentah yang segar. Mesti rangup kan kalau makan sebab tauge belum dimasak.

Difahamkan, bahagian dalam kek itu pula merupakan kek bolu iaitu sejenis kek span. Walaupun bahagian dalam kek itu memang boleh dimakan macam biasa, cuma yang membuatkan ramai terkejut ialah adakah kombinasi tauge dan kek itu sesuai dimakan bersama.

Mungkin pelanggan yang order kek tu memang suka makan tauge, ataupun dia beli sebab nak prank kawan yang tak makan tauge.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.