Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat – PM

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 11:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.

Beliau, bagaimanapun berkata kerajaan terbuka untuk membuat penyesuaian terhadap sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, termasuk menangani isu cukai berganda yang dibangkitkan pihak industri tanpa perlu beralih kepada GST.

“Saya bukan dogmatik dalam ekonomi. Sistemnya masih SST, tetapi satu dua penyesuaian supaya perbaiki sistem itu, baik. Mengapa kita tak mahu?

“Saya keras tak mahu GST. Bukan soal politik. Apa politiknya kalau menguntungkan ekonomi negara dan menguntungkan rakyat? GST itu cukai kepada semua. SST itu cukai kepada peniaga. Saya memilih untuk cukai kepada peniaga,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. – BERNAMA

The post Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat – PM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved