
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkeras menolak cadangan mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana bimbang sistem percukaian itu akan membebankan rakyat sendiri.
Beliau menegaskan bahawa pendiriannya itu bukan disebabkan kepentingan politik. Jelasnya, kerajaan tidak mempunyai halangan sekiranya pelaksanaan GST benar-benar memberi keuntungan kepada sektor ekonomi serta rakyat.
“Saya berkeras tidak mahu GST. Bukan soal politik, apa nak politiknya kalau ia menguntungkan ekonomi negara dan menguntungkan rakyat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini (12 November).
Anwar berkata demikian selepas Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mempersoalkan sama ada keputusan Anwar menolak pelaksanaan semula GST dibuat atas pertimbangan politik.
‘Boleh Tak Jamin GST Di Semua Negara Di Dunia Tak Beri Kesan Negatif Kepada Rakyat?’ – Anwar
Jelas Menteri Kewangan itu, kerajaan mengambil kira kesan terhadap rakyat sebelum mempertimbangkan sebarang langkah untuk memperkenalkan semula cukai terbabit.
Malah beliau turut meminta Ronald memberi jaminan bahawa pelaksanaan GST seperti di negara lain tidak akan menyebabkan rakyat Malaysia terbeban.
“Saya bimbang satu, boleh tak Beluran jamin dalam sistem GST diperkenalkan di semua negara di dunia bahawa kesan kepada rakyat itu tidak lebih negatif.
“Sebab itu saya menolak rancangan memperkenalkan GST sekarang,” tambahnya.
Kutipan SST Ketika Ini Setanding Hasil GST Pada Tahun 2017 – Anwar
Mengulas lanjut, Anwar mendedahkan bahawa kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ketika ini bersamaan 3.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Jelas PMX, kadar peratusan itu menunjukkan bahawa tiada keperluan untuk memperkenalkan semula GST bagi meningkatkan hasil negara kerana ia setanding sumbangan hasil GST yang tahun 2017.
Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Terbuka Kaji Keperluan Gabung SST & GST Untuk Sistem Cukai Lebih Progresif – Anwar
SST Libatkan Cukai Kepada Peniaga Manakala GST Merangkumi Pengguna
Beliau turut menjelaskan bahawa SST dan GST mempunyai skop pelaksanaan berbeza iaitu SST melibatkan peniaga manakala GST turut merangkumi pengguna.
“GST itu cukai kepada rakyat terbanyak. SST cukai kepada peniaga walaupun sebahagian kecilnya memang turun kepada rakyat,” katanya.
Gesaan dan cadangan oleh sesetengah pihak termasuk pembangkang bagi mengembalikan semula pelaksanaan GST ini sudah lama berlarutan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 12 Oktober lalu berkata sistem percukaian pada masa ini dilihat cenderung ke arah pengenalan semula GST walaupun kerajaan tidak memaklumkannya secara langsung.
Baca Artikel Berkaitan: Kembalikan GST Untuk Kukuhkan Asas Percukaian Negara, Nak Panggil ‘Madani Tax’ Pun Boleh – KJ
Belum Pertimbang Pelaksanaan Semula GST Selagi Kos Sara Hidup Membebankan – Amir Hamzah
Terdahulu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan kerajaan belum mempertimbang pelaksanaan semula GST selagi mana pendapatan rakyat belum mencapai tahap munasabah serta kos sara hidup yang masih membebankan.
Tambahnya, kerajaan buat masa ini akan memberi tumpuan dengan menambah baik Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dengan mengambil kira beberapa faktor pertimbangan termasuk kemampuan rakyat, kos pematuhan perniagaan serta keupayaan menjana hasil negara.
Baca Artikel Berkaitan: GST Belum Jadi Pilihan Selagi Pendapatan Rakyat Belum Tahap Munasabah & Kos Sara Hidup Membebankan – Amir Hamzah
Baca Artikel Berkaitan: “Pendapatan Rakyat Terlalu Rendah” – PMX Perjelas Kenapa Kerajaan Tangguh Pelaksanaan GST






