Pentas Himpunan Pembangkang Dialih Kerana Bahaya & Tiada kelulusan -Polis KL

LocalPolitics
26 Jul 2025 • 2:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Struktur pentas yang dibina oleh penganjur Himpunan Pembangkang di Dataran Merdeka hari ini terpaksa dialihkan selepas didapati tidak mendapat kelulusan dan menimbulkan risiko keselamatan.

image is not available

Pentas Himpunan Pembangkang dibina tanpa permohonan

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad memaklumkan pentas itu dibina tanpa permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selain tidak memaklumkan jumlah individu yang akan berada di atas pentas kepada pihak berkuasa.

“Penganjur turut didapati tidak membuat permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendirikan pentas tersebut.
“Struktur pentas itu tidak menjamin keselamatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak dimaklumkan jumlah individu yang akan berada di atas pentas,” katanya.

image is not available

Penganjur Himpunan Pembangkang tak maklumkan pembinaan pentas

Beliau turut mendedahkan bahawa dalam permohonan asal, penganjur hanya menyatakan akan menggunakan dua kenderaan pacuan empat roda sebagai pentas, bukannya struktur khas seperti yang dibina.

“Berdasarkan permohonan yang diterima, penganjur hanya menyatakan akan menggunakan dua kenderaan pacuan empat roda sebagai pentas,” ujarnya.

image is not available

Struktur tersebut kemudiannya dialihkan oleh pihak penguat kuasa DBKL sekitar jam 11.20 pagi demi memastikan keselamatan kawasan dan kelancaran program di lokasi berkenaan.

Sumber: Buletin TV3