Sekurang-Kurangnya 18,000 Peserta Hadir Perhimpunan Pembangkang -Polis KL

LocalPolitics
26 Jul 2025 • 6:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perhimpunan pembangkang yang ditunjangi PAS di ibu negara hari ini menyaksikan kehadiran sekitar 18,000 peserta, seperti dimaklumkan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad.

Perhimpunan Pembangkang bermula dari 5 lokasi berbeza

Memetik laporan Buletin TV3, beliau menyatakan bahawa perhimpunan telah bermula dari lima lokasi berbeza dimana para peserta berarak menuju ke Dataran Merdeka dan berkumpul hingga kira-kira jam 5.15 petang sebelum bersurai secara aman selepas bacaan doa dan nyanyian lagu kebangsaan.

image is not available

Perhimpunan Pembangkang berjalan dengan lancar

Tinjauan di lokasi mendapati himpunan tersebut berjalan lancar, tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Malah, kawasan sekitar turut dibersihkan dengan baik oleh petugas dan penganjur selepas himpunan berakhir.

“Setakat ini tiada sebarang masalah yang dikesan berlaku semasa perhimpunan, semuanya berjalan dengan lancar.
Kita bersyukur, kita berterima kasih kepada semua yang hadir kerana semuanya berjalan dengan lancar, walaupun mungkin ada satu atau dua perkara yang tidak dipersetujui di peringkat awal, tapi dapat kita selesaikan,” katanya kepada media.

image is not available

Walaupun berlangsung dalam keadaan aman dan teratur, himpunan ini tetap mencuri perhatian ramai apabila jumlah kehadiran yang diwar-warkan sebelum ini dilihat agak berbeza dengan anggaran rasmi pihak polis.

image is not available

Apa pun, suasana kekal tenang, mesej dah disampaikan, tapi hati rakyat belum tentu termenangi.

Sumber: Buletin TV3