Pentas Jatuh Ketika Persembahan, Peminat Risau Akan Keselamatan BABYMONSTER

EntertainmentLifestyle
30 Jun 2025 • 1:57 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, BABYMONSTER telah terbang ke Taiwan untuk konsert jelajah “HELLO MONSTER”.

Namun ketika persembahan mereka, kumpulan itu mengalami insiden menakutkan apabila pentas lif tiba-tiba terjatuh, ketika semua ahli sedang berdiri di atasnya.

Nasib baik, Ah-yeon antara ahli terawal yang perasan akan kerosakan itu dan terus memimpin ahli yang lain, mencerminkan sifatnya sebagai seorang ‘leader’.

Sejurus selepas klip itu tular, ramai peminat telah meluahkan kebimbangan mereka, risau jika ada yang mengalami kecederaan. Sebagai respon, YG Entertainment menyatakan,

Terdapat kerosakan pada lif, tetapi kami terus mengambil tindakan segera.

Tambahan, agensi menjelaskan bahawa ahli tidak mengalami sebarang kecederaan serius dari insiden berkenaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.