Tiada Unsur Jenayah Dalam Kes Lelaki Taiwan Maut Dig*lis LRT – Polis

7 Jun 2025 • 9:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kejadian seorang lelaki warga Taiwan maut digilis oleh LRT setelah mangsa terjatuh ke landasan di stesen LRT Pusat Bandar Puchong ketika tren LRT itu tiba di stesen.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa tiada unsur jenayah dalam kejadian yang menimpa mangsa warganegara Taiwan di stesen LRT itu, lapor Buletin TV3

Ini kerana rakaman litar tertutup (CCTV) di stesen LRT itu mendapati bahawa mangsa iaitu seorang lelaki berusia 63 tahun itu berjalan seorang diri di platform LRT itu sebelum mangsa terjatuh.

image is not available

Menurut Datuk Hussein Omar Khan iaitu Ketua Polis Selangor mengatakan bahawa kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Difahamkan, mangsa terjatuh ke landasan LRT itu atas kelakuannya sendiri.

Ini merupakan kes kedua kejadian seumpama ini berlaku di stesen LRT kerana pada Februari lalu, kejadian yang sama turut berlaku di Stesen LRT Titiwangsa.

Susulan kejadian-kejadian ini, pengguna pengangkutan awam di ibu negara memohon agar pihak berkaitan agar memasang pintu keselamatan penumpang di platform semua stesen LRT.

Sumber: Buletin TV3

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.