“Penuh pasangan muda bermanja dalam lif” – Nabila Razali Bersuara Isu Ibu Bapa Bawa ‘Stroller’

8 Dec 2025 • 3:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Nampaknya, isu keutamaan penggunaan lif di pusat beli-belah masih lagi menjadi perbincangan yang tiada kesudahan di media sosial.

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Nabila Razali meluahkan rasa kurang senang dengan segelintir pengguna lif yang dilihat tidak bertimbang rasa apabila berdepan situasi ibu bapa yang membawa stroller bersama anak kecil.

Menurut Nabila, baru kini dia merasai cabaran yang dilalui ibu bapa lain yang bersuara mengenai penggunaan lif di pusat membeli-belah.

“Saya ini jarang sekali bawa Muhammad keluar ke mall. Baru-baru ini je kerap. Dan baru sekarang saya faham bila ibu bapa yang bawa anak kecil dengan stroller marah sebab lif penuh,” tulisnya di laman Threads.

Kongsinya lagi, perkara paling mencabar adalah apabila lif dipenuhi pasangan muda dan mereka yang sihat tubuh badan.

“Lagi pulak penuh dengan young couple nak bermanja-manja dalam lif atau anak muda yang sihat tubuh badannya. Hmm,” ujarnya lagi.

image is not available

Malah, pelantun lagu Peluang Kedua itu turut menegur sikap sesetengah pengunjung yang tidak memberi ruang kepada pengguna lif untuk keluar terlebih dahulu.

“Tak faham kenapa tiada empati”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terutama golongan ibu bapa bersetuju dengan kenyataan Nabila dan turut berkongsi pengalaman mereka yang menghadapi situasi serupa.

Malah, ada yang mengatakan isu ini perlu sering dibangkitkan kerana masih ramai lagi kurang prihatin.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.