Penulis digesa terjemah revolusi pemikiran Sabah Maju Jaya

22 Jul 2023 • 2:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa), Datuk Jasni Matlani, menggesa penulis Sabah agar menterjemah revolusi pemikiran Sabah Maju Jaya yang digagaskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, sebagai agenda penting dalam usaha menghasilkan karya bermutu, dan pada waktu yang sama memberikan kesedaran kepada majoriti rakyat.

Katanya, gagasan dan revolusi pemikiran Sabah Maju Jaya itu amat signifikan, bukan sahaja sebagai teras kepada dasar pembangunan fizikal negeri ini, tetapi juga sebagai roh pembangunan sebenar dan penyatuan masyarakat pelbagai etnik Sabah.

“Satu konvensyen revolusi pemikiran Sabah Maju Jaya sewajarnya diadakan dalam tempoh terdekat, bagi tujuan melestari dan memberikan gambaran yang jelas tentang gagasan penting ini. Seterusnya memberikan pelbagai maklumat yang baik kepada semua pihak tentang betapa pentingnya tumpuan diberikan ke arah menjayakan Sabah, dan mengurangkan bermain politik kerana Sabah secara realiti masih jauh ketinggalan berbanding negeri lain di Malaysia,” kata Jasni.