
Kota Kinabalu: Abdul Karim Gullam, dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Tokoh Penyair Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2023 pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani berkata, penghargaan berkenaan disampaikan dalam satu majlis sederhana dan ringkas tetapi amat bermakna dalam mengangkat martabat penyair, terutama dalam kalangan ahli Bahasa yang banyak berkorban dalam membantu pembangunan Sastera Negeri Sabah. “Saya ucapkan tahniah kepada Abd Karim atas anugerah yang diberikan kepada beliau. Walaupun nilai wang ringgit yang beliau terima tidak seberapa, tetapi beliau layak menerima anugerah ini berdasarkan sumbangan dan rekod beliau yang cemerlang dalam membantu mengimarahkan dunia kepenyairan terutama melalui sumbangan beliau dalam Bahasa dan Gapena,” kata Jasni ketika berucap merasmikan majlis berkenaan.
Hadir sama, Timbalan Presiden Bahasa, Siti Rahmah G Ibrahim.
SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more Majlis itu dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan dilaksanakan oleh Bahasa sebagai badan kerabat Gapena bagi kali yang kedua tahun ini. Jasni yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia berkata, Abd Karim telah menghasilkan dua buku kumpulan puisi iaitu “Rengek Pelangi” (2015) dan “Harga Sebuah Malam” (2022) serta buku kumpulan puisi esei yang berjudul “Mencari Rindu yang Hilang” (2022) dan sebuah buku kumpulan cerpen “Ibu dan Bunga Semarak Api” (2022)
“Walaupun beliau sebelumnya aktif dalam bidang teater dan pernah menerima anugerah Tokoh Pengarah teater terbaik dan pelakon terbaik negeri Sabah, bakatnya dalam bidang penulisan ini juga amat menyerlah dan membanggakan,” kata Jasni.
Menurut Jasni lagi, karya puisi Abd Karim juga dimuatkan dalam lebih 20 antologi puisi dalam dan luar negara, Malah karyanya juga tersiar dalam kuantiiti yang banyak dalam majalah Dewan Sastera iaitu sebuah majalah sastera yang berprestij di Malaysia dan menjadi salah satu syarat bagi penerima anugerah ini di peringkat negeri.
Dalam perkembangan berkaitan, Jasni juga menggesa penyair negeri ini agar terus menghasilkan karya berkualiti, sama ada mereka mendapat anugerah atau tidak. Ini kerana anugerah hanya bonus, tetapi apa yang penting penglibatan dalam sastera menjadi faktor penentu kepada kelangsungan khazanah budaya warisan bangsa dan negara, katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

