Penumpang bunuh pemandu teksi, tanam mayat di ladang teh

12 Oct 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penumpang bunuh pemandu teksi, tanam mayat di ladang teh

JAKARTA – Seorang pemandu teksi di Sumedang, wilayah Jawa Barat mengalami nasib malang apabila dia dirompak dan dibunuh oleh penumpangnya sendiri, lapor laman berita Tribunnews. 

Suspek dilaporkan menanam mayat mangsa di ladang teh Cisoka di Desa Citengah, daerah Sumedang Selatan. 

Ladang teh berkenaan terletak kira-kira 18.8 kilometer dari pusat bandar Sumedang. 

Ketua Polis Sumedang, AKBP Reza Maruffi berkata, pihaknya melancarkan siasatan susulan penemuan mayat mangsa. 

“Polis menahan dua lelaki yang disyaki melakukan rompakan dan pembunuhan itu malam kelmarin. 

“Mereka kini disoal siasat,” tambah Reza. – AGENSI

 

The post Penumpang bunuh pemandu teksi, tanam mayat di ladang teh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved