[VIDEO] ‘Entah kenapa LRT bunyi macam geseran kuat’

13 Aug 2026 • 11:21 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Entah kenapa LRT bunyi macam geseran kuat’

PETALING JAYA – Pengguna sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya terpaksa berpindah ke tren lain di tengah landasan, selepas dipercayai berlaku gangguan bekalan kuasa di Stesen LRT Universiti pada pagi ini.

Menerusi video-video dikongsikan penumpang di Threads memperlihatkan, mereka keluar daripada sebuah tren LRT yang berhenti di tengah laluan dan berpindah ke tren lain di sebelah.

Malah, ada penumpang mendakwa terdengar bunyi kuat semasa menggunakan tren tersebut.

“Alamak, KJ Line (Laluan Kelana Jaya) tadi ada bunyi kuat,” dakwa pengguna Threads Alyakema yang memuat naik video sedang berpindah ke tren LRT lain.

“Entah kenapa LRT tiba-tiba bunyi macam geseran/meletup kuat lepas tu semasa bergerak ke Stesen Universiti, tiba-tiba brek kecemasan sampai orang jatuh. Sekarang terus berhenti dan kena tukar tren lain dekat tengah-tengah landasan. Kasihan ada ibu mengandung tadi macam terjatuh juga sebab dia macam sakit,” menurut pengguna Threads Memeumaida yang turut memuat naik video.

“Ada sesiapa tahu tak, apa yang terjadi kepada LRT Laluan Kelana Jaya hari ini? Kenapa tiba-tiba berhenti?,” kata pengguna Threads Chyylell yang memuat naik gambar sedang beratur di hadapan tren di sebuah stesen.

Dalam masa sama, kelihatan petugas turut berada di lokasi tersebut bagi memastikan kelancaran dan keselamatan penumpang terlibat.

Sementara itu, Rapid KL pada hantaran X memaklumkan kelewatan tren LRT Laluan Kelana Jaya akibat sebuah tren tidak dapat bergerak kerana gangguan bekalan kuasa di Stesen Universiti.

Berikutan itu, Platform 1 Stesen Taman Jaya ditutup sementara, manakala penumpang dinasihatkan menggunakan Platform 2 Stesen Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya dan Taman Jaya untuk menaiki tren ke destinasi masing-masing.

Rapid KL turut memuat naik hantaran terbaharu bahawa kerja-kerja baik pulih sistem bekalan kuasa di Stesen Universiti telah selesai dan perkhidmatan tren kini kembali beroperasi seperti biasa.

“Perkhidmatan tren alternatif telah ditamatkan. Semua platform di stesen yang terjejas telah dibuka semula untuk operasi seperti biasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Entah kenapa LRT bunyi macam geseran kuat’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved