
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengeluarkan arahan pada minggu lalu yang menghadkan setiap penumpang kapal terbang hanya dibenarkan membawa dua powerbank ke dalam pesawat. Mereka juga tidak lagi dibenarkan mengecas powerbank di dalam kabin pesawat. Penggunanya masih lagi dibenarkan.

Langkah keselamatan baharu ini dikeluarkan bagi mengurangkan risiko berikutan beberapa insiden kebakaran dalam kabin melibatkan powerbank Li-Ion. Krew pesawat turut dibenarkan membawa dan menggunakan power bank mengikut keperluan operasi pesawat.
Sebelum ini beberapa syarikat penerbangan seperti Air Asia, Emirates dan Batik Air mengharamkan penggunaan powerbank dalam pesawat. Powerbank turut tidak dibenarkan diletakkan di tempat simpanan beg atas kepala di dalam kabin.
Peraturan baharu ini akan berkuat kuasa pada 27 Mac 2026. Ia telahpun disahkan oleh 36 negara anggota Majlis ICAO dengan addendum kepada dokumen rasmi Technical Instructions (Doc 9284) akan diedarkan kepada 193 negara anggota ICAO.



