Sekumpulan lelaki sanggup redah banjir, gadaikan nyawa demi selamatkan RXZ

28 Nov 2024 • 6:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sekumpulan lelaki sanggup redah banjir

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki sanggup redah banjir untuk menyelamatkan sebuah motosikal jenis RXZ daripada ditenggelami air.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, dapat dilihat beberapa individu sedang mengusung jentera berharga tersebut ke atas sebuah bot sementara yang lain membantu menahan bot bagi memastikan motosikal itu kekal berada di posisi.

Sekumpulan lelaki sanggup redah banjir

image is not available

Walaupun rumah telah ditenggelami air setinggi paras paha orang dewasa, mereka sanggup mengorbankan keselamatan diri demi menyelamatkan harta benda ke kawasan lebih selamat.

Sekumpulan lelaki sanggup redah banjir

image is not available

Netizen kurang senang!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan sekumpulan lelaki terbabit yang dikatakan membahayakan diri mereka demi menyelamatkan motosikal tersebut.

image is not available image is not available

Bimbang ada binatang berbisa dalam air!

Mana tidaknya, ada segelintir individu meluahkan rasa bimbang akan keselamatan mereka kerana dikhuatiri dibawa arus banjir selain haiwan berbisa berkeliaran dalam air tanpa disedari.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat tidak menjadi satu kesalahan sekumpulan lelaki itu mahu menyelamatkan motosikal tersebut selagi tak menyusahkan mana-mana pihak.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Untuk makluman, keadaan banjir di Terengganu semakin buruk apabila jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat mendadak kepada 8,215 orang berbanding seramai 2,399 direkodkan pada Rabu.

Sehingga jam 8 pagi pada Khamis, sebanyak enam daerah dilanda banjir iaitu Kemaman, Dungun, Besut, Setiu, Marang dan Hulu Terengganu.

Di Kelantan, jumlah mangsa bankir meningkat kepada 29,023 berbanding 21,568 yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam, semalam.

Sumber: X @apanakdikato