Penumpang wanita, pemandu bas parah

13 Jul 2025 • 3:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

Kundasang: Seorang penumpang wanita dan pemandu bas cedera parah, manakala 21 penumpang lagi trauma selepas bas ekspres mereka bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga di pekan ini, malam Jumaat.

Kejadian di bulatan Pekan Kundasang itu dirakam menerusi dashcam sebuah kenderaan lain dan sejak itu tular di media sosial.

Dalam klip video pendek itu, bas terbabit dilihat melanggar peraturan lalu lintas dengan bergerak ke arah kanan bulatan untuk memotong bas lain di hadapannya, sebelum merempuh kereta yang datang dari arah bertentangan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PPgB Rantey Fred berkata, kejadian berlaku pada jam 10.15 malam di Jalan Ranau-Kundasang, kira-kira 17 kilometer dari balai.

Menurutnya, panggilan kecemasan diterima menerusi talian balai sebelum tujuh anggota diketuai Komander Operasi PBK II Nickson Juni digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dan kereta Proton Saga.

“Terdapat 21 mangsa yang tidak mengalami kecederaan, manakala seorang mangsa lelaki dilaporkan cedera dan seorang lagi wanita dilaporkan tidak sedarkan diri.

“Kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dibawa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 11.44 malam selepas pihak bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.