Penunggang motosikal ke RXZ Members maut, rempuh Mitsubishi Triton

LocalCars
31 Jul 2026 • 3:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penunggang motosikal ke RXZ Members maut, rempuh Mitsubishi Triton

MARAN – Seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke Perhimpunan RXZ Members 8.0 di Terengganu, maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah trak pikap yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 147.1, Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1).

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, kejadian kira-kira pukul 10.10 pagi itu berlaku ketika mangsa, Muhamad Fikri Jamallunasi, 34, dalam perjalanan dari Temerloh ke Terengganu bagi menghadiri program itu.

“Motosikal ditunggangi mangsa telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton yang berhenti di lorong kecemasan bagi membantu ahli konvoi yang mengalami kerosakan motosikal.

“Akibat kejadian, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu trak pikap tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis memohon bantuan orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

The post Penunggang motosikal ke RXZ Members maut, rempuh Mitsubishi Triton appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved