Penunggang motosikal maut digilis lori di Jalan Tun Razak

4 Nov 2026 • 5:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penunggang motosikal maut digilis lori di Jalan Tun Razak

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an maut selepas digilis sebuah lori dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori muatan pasir di Jalan Tun Razak di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.23 petang itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan menerusi Sistem NG999 sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul digerakkan ke lokasi.

Komander Operasi, PBK I Mohd Faizol Mat Jusoh berkata, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) tiba di lokasi pada pukul 4.34 petang.

“Seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 40-an digilis lori dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Penunggang motosikal maut digilis lori di Jalan Tun Razak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved