Kanak-kanak maut disambar petir ketika hendak bermain bola

2 Nov 2026 • 6:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kanak-kanak maut disambar petir ketika hendak bermain bola

JAKARTA – Niat seorang seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun untuk bermain bola bersama  rakan-rakannya berakhir dengan tragedi apabila dia maut disambar petir di Daerah Mamuju, Sulawesi Barat, lapor saluran berita Lambe Turah.

Dalam kejadian kira-kira  pukul 2 petang (waktu tempatan) di Dusun Ngalo, Desa Dungkait itu,  mangsa yang dikenali sebagai Sahid dilaporkan sedang bersiap sedia untuk bermain bola ketika kawasan berkenaan dilanda hujan lebat beserta petir.

Ketua Mukim Tapalang Barat, Jaharuddin mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa ketika itu sudah melangkah masuk ke padang, manakala rakan-rakannya yang lain masih berteduh di kawasan astaka berhampiran.

“Mangsa sudah berada di dalam padang sebelum petir tiba-tiba menyambar dan mengenai tubuhnya, menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian,” kata Jaharuddin dalam satu kenyataan.

Insiden itu turut mengundang simpati meluas selepas rakaman video tular di media sosial memaparkan suasana pilu sejurus kejadian, menunjukkan seorang pemuda mengendong mangsa  sebelum membawanya menaiki motosikal untuk mendapatkan bantuan kecemasan. – AGENSI

 

The post Kanak-kanak maut disambar petir ketika hendak bermain bola appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved