Penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas

10 Feb 2026 • 5:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Beberapa kenderaan terlibat susulan kemalangan di persimpangan lampu isyarat tengah hari Selasa - Foto: Gambar tular
image is not available
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat tengah hari Selasa - Foto: Gambar tular.

MELAKA – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah Perodua Myvi yang dipercayai terbabas di persimpangan lampu isyarat Batu Hampar, Bukit Baru, di sini pada Selasa.

Video kejadian tersebut tular di media sosial menerusi rakaman papan pemuka berdurasi 41 saat yang memaparkan kenderaan terbabit dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar beberapa kenderaan di laluan bertentangan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

**media[3430484]**

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

AKAN MENYUSUL