Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, Ramai Gesa Undang-undang Lebih Ketat

LocalPolitics
30 Mar 2026 • 10:26 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (29 Mac) tular di media sosial satu video memaparkan sebuah kereta Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan itu, kelihatan kereta Honda City berkenaan memotong dan masuk ke arah bertentangan sebelum merempuh penunggang yang berada di lorong terbabit.

Impak rempuhan menyebabkan penunggang motosikal melambung sebelum jatuh ke atas sebuah kereta Myvi berwarna biru yang berada di hadapan kenderaan pemilik dashcam.

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu Honda City mabuk dan positif dadah

Terbaharu polis mengesahkan penunggang motosikal berkenaan maut dalam insiden di Jalan Raya Barat, Klang.

Manakala pemandu Honda City berkenaan dilaporkan memandu di bawah pengaruh alkohol serta positif dadah.

Jelas Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey insiden berkenaan berlaku sekitar jam 11.40 pagi melibatkan motosikal serta dua buah kereta.

“Siasatan awal mendapati sebuah Honda City yang dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an bergerak dari Jalan Raya Barat menuju ke bandar Klang secara melulu pada kelajuan tinggi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah motosikal dari arah hadapan,” jelasnya.

Penunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengakutan Jalan 1987 & Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

Jelas Lim Jit Huey, hasil ujian saringan yang dilakukan terhadap pemandu Honda City berkenaan mendapati dia positif alkohol dan dadah.

“Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Khairulnizam Abdul Talib.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 15 tahun, serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000. Lesen memandu juga boleh digantung serta merta.

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun dan pengawasan antara dua hingga tiga tahun,” katanya dala satu kenyataan.

Dalam masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat.

“Polis menegaskan bahawa memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah adalah satu kesalahan serius dan membahayakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.

“Memandu secara berhemah serta mengamalkan sikap bertimbang rasa ketika berada di jalan raya.”

Lebih menyedihkan mangsa yang maut dalam insiden itu dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk membeli makanan buat isteri dan anaknya.

Perkara itu dikongsikan oleh wartawan Mohd Redzuan Manap dalam satu hantaran di Threads.

View on Threads

Ramai berang insiden pemandu Honda City rempuh penunggang motosikal

Insiden yang berlaku itu menyebabkan orang ramai berang, serta menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

Bahkan ada yang meminta keluarga mangsa untuk menjadikan video terbabit sebagai bukti dan mendakwa suspek demi mendapatkan keadilan.

Ramai juga yang mahukan kerajaan mengubal undang-undang lebih ketat agar pemandu mabuk dan positif dadah yang mengakibatkan kemalangan maut dikenakan hukuman yang lebih berat.

“Dah tiba masanya hali parlimen cadang dan gubal undang-undang baru.”

image is not available

“Allahuakbar, kesiannya, orang tak besalah jadi mangsa.”

image is not available