Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Proton X70 Masuk Laluan Bertentangan [Video]

LocalCars
6 May 2026 • 10:11 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Proton X70 Masuk Laluan Bertentangan [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak petang semalam (5 Mei), tular di media sosial rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah motosikal.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan 17/21, Petaling Jaya, Selangor, kelihatan kereta X70 berwarna kelabu yang dipercayaia dipandu laju masuk memotong kenderaan di bahagian kiri sebelum tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh seorang penunggang motosikal.

Impak dari perlanggaran tersebut, penunggang motosikal berkenaan maut di tempat kejadian.

Rakaman video tersebut nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mengecam pemandu X70 terbabit dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya.

View on Threads

Kereta X70 Dipandu Warga Emas Hilang Kawalan, Masuk Ke Laluan Bertentangan – PDRM

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan kira-kira jam 2.08 petang.

Jelas Shamsudin, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 1.45 petang melibatkan sebuah Proton X70 yang dipandu lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 70-an manakala penunggang motosikal berusia 20-an.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal terbabit.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Pemandu Kereta Tiada Kecederaan, Keputusan Ujian Saringan Air Kencing & Alkohol Negatif

Tambahnya, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi tindakan lanjut.

“Ujian saringan awal air kencing dan ujian alkohol terhadap pemandu itu didapati negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Pada masa yang sama, Shamsudin meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Sivam@Siva Muniandy di talian 03-79662222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Beliau turut memberi peringatan kepada pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelakkan kemalangan.

𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟎𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀) – 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐀𝐂𝐏 𝐒𝐇𝐀𝐌𝐒𝐔𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀KES KEMALANGAN TULAR MELIBATKAN SEBUAH KERETA DAN SEBUAH MOTOSIKAL DALAM DAERAH PETALING JAYA