
KOTA MARUDU: Seorang penunggang motosikal maut apabila bertembung dengan sebuah Perodua Myvi di Jalan Kampung Sumbilingon di sini petang Selasa.
Dalam nahas jam 6 petang itu, Ronaldo Ignasius, 27, cedera parah pada bahagian perut serta beberapa anggota badan yang lain dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Simiun Lomudin berkata siasatan awal mendapati Myvi dipandu lelaki warga emas berumur 66 tahun bergerak dari arah Bulatan Timbang Batu menuju ke Bulatan Popok.
“Apabila sampai ditempat kejadian, Myvi itu bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan yang memasuki laluan sah Myvi itu sehingga dipercayai menjadi punca kemalangan.
“Pemandu Myvi mengalami luka kecil di kepala manakala penumpang wanita yang juga warga emas mengalami kecederaan pada bahagian bahu kiri telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan.
Simiun berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Marudu untuk proses bedah siasat.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut Simiun, siasatan juga mendapati kedua-dua pemandu dan penunggang motosikal tidak memiliki lesen memandu selain cukai jalan motosikal mangsa tamat tempoh sejak April 2023.


![“Hanya Di Kelantan” – Masjid Tayang Sesi Tazkirah Pada Skrin LED Besar Untuk Tontonan Awam Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Masjid-Tayang-Sesi-Tazkirah-Pada-Skrin-LED-Besar-Untuk-Tontonan-Awam-800x467.jpg?t=1781147534)


