Penunggang motosikal maut nahas lori muatan ikan

25 Jun 2026 • 9:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penunggang motosikal maut nahas lori muatan ikan
Anggota bomba sedang mengeluarkan pemandu lori yang tersepit.
Image from: Penunggang motosikal maut nahas lori muatan ikan
Keadaan di lokasi kemalangan pada Khamis.

HULU SELANGOR – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori yang membawa muatan ikan di hadapan sebuah kilang di Batang Kali di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.09 pagi.

"Seramai 12 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu serta bantuan BBP Bukit Sentosa bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 21 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ashrul Riezal berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi pada jam 5.39 pagi, mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori tiga tan yang membawa muatan ikan dan sebuah motosikal Yamaha Avantis.

"Pemandu lori berusia 60 tahun didapati tersepit pada bahagian kaki namun masih sedarkan diri ketika anggota bomba tiba di lokasi.

"Seorang lagi mangsa yang merupakan kelindan lori berusia 45 tahun mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya.

**media[3561588]**

Beliau berkata, pasukan bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan pemandu lori yang tersepit sebelum mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.

"Seorang lelaki berusia 29 tahun yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Mayat penunggang motosikal diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved