Penunggang motosikal parah nahas lima kenderaan

9 Dec 2024 • 12:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan di lokasi kemalangan di Jalan Kajang Perdana, di sini, pada Isnin.

image is not available
Kemalangan melibatkan dua motosikal jenis Yamaha Y15 dan Yamaha Nouvo LC serta ambulans, van dan sebuah MPV jenis Hyundai Starex.

KAJANG - Seorang penunggang motosikal parah, manakala lima individu termasuk dua wanita cedera ringan dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Jalan Kajang Perdana di sini, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.50 pagi.

"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan terbabit melibatkan dua motosikal jenis Yamaha Y15 dan Yamaha Nouvo LC serta ambulans, van dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex.

"Seorang wanita yang menunggang sebuah motosikal mengalami cedera parah akibat tersepit dalam kemalangan itu, namun anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa tersebut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved