Penuntut IPT bawa Mercedes-Benz terlibat kemalangan maut tidak mengaku salah

LocalCars
18 Sep 2026 • 2:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penuntut IPT bawa Mercedes-Benz terlibat kemalangan maut tidak mengaku salah

KLUANG: Pemandu Mercedes-Benz yang terlibat dalam kemalangan maut empat sekeluarga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dakwaan memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya.

Tertuduh, Goh Yi Zun, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurasidah A. Rahman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan itu melakukan secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, di sini, pada pukul 1.19 petang, 1 Jun lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000, jika sabit kesalahan.

Selain itu, mahkamah hendaklah juga memerintahkan butiran sabitan diendorskan pada lesen memandu orang yang disabitkan dan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nik Noratini Nik Azman meminta mahkamah memberikan jaminan RM20,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Mohd. Daud Ismail memohon agar jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya merupakan seorang penuntut institusi pengajian tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, selain tarikh 20 November untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman selama 10 hari bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan empat sekeluarga.

Kemalangan itu turut mengorbankan abang tertuduh yang memandu kenderaan jenis BMW.-UTUSAN

The post Penuntut IPT bawa Mercedes-Benz terlibat kemalangan maut tidak mengaku salah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved