Penuntut Universiti Malaya Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Bangunan Kolej Kediaman

18 Oct 2025 • 12:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang penuntut Universiti Malaya (UM) telah disahkan meninggal dunia semalam, dipercayai selepas mangsa terjatuh dari bangunan kolej kediaman.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak UM, pelajar tersebut telah menghembuskan nafas terakhir ketika sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), lapor Buletin TV3.

Difahamkan, buat masa ini, punca kejadian masih lagi berada dalam siasatan pihak polis.

Pihak pengurusan universiti tersebut juga memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Dalam masa yang sama, pihak Universiti Malaysa turut meminta orang ramai agar tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian tersebut.

Universiti Malaya juga turut meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga mangsa.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: The Star

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.