Penuntut Wanita IPTS Ditemui Maut Di Kondominium Bandar Sunway Dipercayai Dibunuh

24 Jun 2026 • 9:44 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Penuntut Wanita IPTS Ditemui Maut Di Kondominium Bandar Sunway Dipercayai Dibunuh

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (23 Jun), seorang wanita warga asing ditemukan maut, disyaki dibunuh di sebuah kondominium yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.

Mangsa Alami Beberapa Kecederaan Pada Badan, Seorang Lelaki Warga Asing Turut Ditahan

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 11.30 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi bagi tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa yang juga penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di sini,” katanya.

Susulan itu, seorang lelaki warga asing berusia 20-an yang berada di lokasi serta merupakan penuntut di IPTS sama juga telah ditahan bagi membantu siasatan.

Motif Kejadian Masih Disiasat, Turut Rampas Beberapa Barang Kes

Tambah M Hussin Sollehuddin, pihak forensik turut menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Malah, pihaknya juga telah merampas beberapa barang kes yang dipercayai boleh membantu siasatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” jelasnya.

Mayat mangsa telahpun dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dijadualkan akan menjalani proses bedah siasat bagi mengetahui punca kejadian.

Mohon Orang Ramai Salurkan Maklumat, Henti Buat Spekulasi

Pada masa yang sama, M Hussin Sollehuddin meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Surianti Lataera di talian 013- 3352547.

Malah, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau mengeluarkan sebarang kenyataan serta menyebarkan bahan berkaitan kes di mana-mana platform sehingga boleh menjejaskan siasatan polis.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Pelajar Universiti Di Cyberjaya Mati Dibunuh, Tiada Unsur Rogol

Baca Artikel Berkaitan: Ditekup Dengan Bantal, Pelajar Tingkatan 4 Maut Dipercayai Dibunuh Teman Lelaki

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved