Vivo Bakal Membuka Kedai Konsep Baharu Di Sunway Velocity – Promosi Eksklusif Menanti Semua

DigitalSales & Promo
23 Jun 2026 • 4:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo Malaysia akan membuka kedai konsep baharu di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2026. Lokasi kedai ini terletak di Lot 3-101 dan Lot 3-102.

Image from: Vivo Bakal Membuka Kedai Konsep Baharu Di Sunway Velocity – Promosi Eksklusif Menanti Semua

Kedai konsep baharu ini akan memperkenalkan susun atur yang lebih menyeronokkan dengan ruang yang dirancang sebaiknya bagi memberikan pengalaman pengunjung yang lebih menyeluruh. Pada masa sama, ia turut menyediakan persekitaran mesra pelanggan untuk meningkatkan keselesaan dan keterlibatan sepanjang kunjungan termasuk ruang pengalaman fotografi bagi pengunjung yang ingin mencuba teknologi imej terkini.

Image from: Vivo Bakal Membuka Kedai Konsep Baharu Di Sunway Velocity – Promosi Eksklusif Menanti Semua
Image from: Vivo Bakal Membuka Kedai Konsep Baharu Di Sunway Velocity – Promosi Eksklusif Menanti Semua

Bagi memeriahkan lagi pembukaan rasmi ini, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai promosi eksklusif dan aktiviti menarik pada hari tersebut termasuk jamuan ringan percuma, hadiah istimewa serta tawaran khas sepanjang hari.

Image from: Vivo Bakal Membuka Kedai Konsep Baharu Di Sunway Velocity – Promosi Eksklusif Menanti Semua

Terdapat juga promosi eksklusif sempena pembukaan rasmi ini, di mana pengunjung yang membeli telefon sepanjang tempoh promosi akan menerima hadiah bernilai sehingga RM999 melalui tawaran istimewa “BUY 1 FREE 5” yang sah pada 27 dan 28 Jun 2026. Promosi ini merangkumi pelbagai siri telefon pintar vivo dengan hadiah menarik seperti fon kepala Bluetooth, jam tangan, beg galas dan pembesar suara bergantung kepada model yang dibeli.

Image from: Vivo Bakal Membuka Kedai Konsep Baharu Di Sunway Velocity – Promosi Eksklusif Menanti Semua

Selain itu, pengunjung boleh menikmati jamuan ringan percuma serta memperoleh tali penggantung telefon eksklusif bagi mereka yang hadir dan menyertai aktiviti permainan khas. Di samping itu, pengunjung turut berpeluang mengikuti sesi perkongsian produk vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved