Penurunan Harga Diesel Bukti Rasionalisasi Subsidi Beri Kesan Positif – Taufiq Johari

LocalPolitics
22 Jun 2026 • 3:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Penurunan Harga Diesel Bukti Rasionalisasi Subsidi Beri Kesan Positif – Taufiq Johari

Penurunan Harga Diesel Bukti Rasionalisasi Subsidi Beri Kesan Positif – Taufiq Johari

Pengumuman kerajaan untuk menurunkan harga diesel kepada RM2.10 seliter bermula Julai ini dilihat sebagai petanda awal bahawa langkah rasionalisasi subsidi dan pengurusan kewangan negara yang diperkenalkan Kerajaan MADANI mula menunjukkan hasil positif.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, keputusan tersebut bakal memberi kesan langsung kepada rakyat, khususnya dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup.

Menerusi satu hantaran di Instagram, beliau menyifatkan langkah itu sebagai bukti keberkesanan dasar kewangan berdisiplin yang diperkenalkan kerajaan sejak awal Mei lalu.

Baca juga:

“Pengumuman ini menunjukkan bahawa dasar pengurusan kewangan yang berhemah serta langkah penjimatan yang diperkenalkan Kerajaan MADANI mula memberikan hasil yang positif.

“Walaupun dunia masih berdepan ketidaktentuan ekonomi dan krisis tenaga global, kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan dalam setiap keputusan kerajaan,” katanya.

Menurut beliau, perkembangan itu juga memperlihatkan betapa pentingnya kestabilan politik dalam memastikan perancangan pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan.

Katanya, dengan kestabilan yang ada, kerajaan dapat menumpukan perhatian kepada pengukuhan ekonomi, pelaksanaan dasar pembangunan serta penyelesaian isu rakyat tanpa gangguan.

“Ini membuktikan kestabilan politik memainkan peranan penting dalam memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan dengan lebih fokus,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan Kerajaan MADANI akan terus memberi penekanan kepada penyampaian perkhidmatan dan usaha menyelesaikan masalah rakyat berbanding terjebak dengan retorik politik yang tidak membawa manfaat.

Tambahnya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan terus memperkukuh pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat di seluruh negara.