
Beberapa jalan bakal ditutup dari 14 hingga 15 September 2024
Penutupan Jalan Sempena Festival Kebudayaan Cina Di Waterfront Kuching. Pihak The Waterfront Hotel telah membuat pengumuman mengenai penutupan jalan sempena Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-39 yang akan berlangsung di Kuching Waterfront. Penutupan jalan dijadualkan bermula pada 14 hingga 15 September 2024 dari pukul 4 petang hingga 10 malam. Festival ini dijangka mencapai kemuncaknya pada 15 September 2024 (Ahad) pada jam 5 petang.
Bagi para pengunjung dan tetamu hotel, pihak pengurusan turut mengeluarkan nasihat lalu lintas agar bersiap sedia menghadapi kesesakan di sekitar kawasan tersebut sepanjang tempoh festival berlangsung. Pengunjung dinasihatkan merancang perjalanan dengan baik.

Laluan Parkir Bawah Tanah Ditutup Sementara
Selain itu, para tetamu hotel juga dimaklumkan mengenai gangguan bunyi akibat muzik dan aktiviti yang diadakan semasa festival. Pihak hotel meminta maaf di atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan menghargai kesabaran serta pemahaman semua pihak.
Penutupan Sementara Laluan Parkir Bawah Tanah: Laluan keluar dari parkir bawah tanah yang menghala ke waterfront akan ditutup sementara mulai 12 hingga 15 September 2024.
Walaupun terdapat beberapa gangguan, pihak hotel menggalakkan para tetamu dan orang ramai untuk menyertai festival tersebut kerana lokasinya yang hanya beberapa langkah dari hotel.




