Penutupan ruang udara KLIA untuk lintas hormat Merdeka – CAAM

12 Aug 2026 • 6:38 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Penutupan ruang udara KLIA untuk lintas hormat Merdeka – CAAM

CAAM maklum penutupan sementara ruang udara KLIA dari 26-29 dan 31 Ogos bagi latihan serta lintas hormat pesawat sempena Hari Kebangsaan.

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan penutupan sementara ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari 26 hingga 29 dan 31 Ogos bagi latihan serta lintas hormat pesawat sempena sambutan Hari Kebangsaan di sini.

CAAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu, pelepasan dan pendaratan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dihentikan sementara bagi memastikan latihan serta lintas hormat berlangsung dengan selamat dan teratur.

Penutupan selama sejam itu dijadualkan bermula pada 11 pagi dari 26 hingga 28 Ogos bagi tujuan latihan manakala pada 29 Ogos untuk raptai dan lintas hormat Hari Kebangsaan pada 31 Ogos bermula pada 8.45 pagi.

Penumpang yang melakukan perjalanan melalui KLIA dalam tempoh itu dinasihatkan supaya menyemak status dan jadual terkini dengan syarikat penerbangan kerana sesetengah penerbangan mungkin dijadualkan semula atau terjejas akibat penutupan sementara pergerakan pesawat.

“CAAM juga mahu mengingatkan orang ramai semua operasi dron dilarang sama sekali di kawasan yang terlibat sepanjang latihan dan lintas hormat berlangsung.

“Operasi dron tanpa kebenaran menimbulkan risiko keselamatan yang serius, terutamanya pada pesawat yang beroperasi pada altitud rendah dan tindakan boleh diambil mengikut Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” menurut kenyataan itu.

CAAM menghargai kerjasama penumpang, syarikat penerbangan, pengguna ruang udara serta orang awam sepanjang tempoh penutupan sementara itu yang bertujuan menjamin keselamatan dan kecekapan ruang udara Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved