Penumpang cuba buka pintu pesawat Batik Air lebih 9,000 meter di udara

11 Aug 2026 • 9:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penumpang cuba buka pintu pesawat Batik Air lebih 9,000 meter di udara

NEW DELHI – Seorang lelaki ditahan di India kerana cuba membuka pintu kecemasan ketika pesawat dinaikinya berada pada ketinggian 9,144 meter di ruang udara, lapor laman  berita People. 

Suspek yang dikenali sebagai Jamsheer Athanikkal, 36, bertindak di luar kawalan semasa menaiki penerbangan Batik Air yang berlepas dari Malaysia menuju India, baru-baru ini. 

“Kejadian berlaku antara pukul 9.30 malam (waktu tempatan) hingga 11 malam. Suspek merupakan penumpang di tempat duduk nombor 12A dan tanpa sebarang provokasi, dia cuba membuka pintu kecemasan serta merosakkan panel tingkap. 

“Dia juga mengancam penumpang lain dan kru yang cuba menghalangnya,” kata seorang pegawai polis kepada laman berita Indian Express. 

Rakaman video kejadian dikongsi di media sosial menunjukkan beberapa kru menggunakan pengikat kabel (zip tie) untuk mengikat Jamsheer. 

Suspek diberkas selepas tiba di Lapangan Terbang Kochi atas kesalahan melakukan ugutan jenayah, gagal mematuhi arahan keselamatan dan membahayakan keselamatan awam. 

“Apabila ditanya mengenai motif tindakannya, Jamsheer berkata bahawa dia bertindak demikian kerana berasa ingin melakukannya pada saat itu,” tambah pegawai sama. – AGENSI

The post Penumpang cuba buka pintu pesawat Batik Air lebih 9,000 meter di udara appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved