Penyakit jantung, radang paru-paru punca utama kematian

LocalHealth & Fitness
29 Oct 2026 • 2:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyakit jantung, radang paru-paru punca utama kematian

PETALING JAYA – Penyakit jantung iskemik dan radang paru-paru atau pneumonia merupakan punca utama kematian di Malaysia dengan masing-masing mencatatkan 13 peratus dan 12.7 peratus daripada keseluruhan kematian pada tahun lalu.

Berdasarkan laporan Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), terdapat 10 sebab kematian utama rakyat Malaysia bagi tahun 2025.

Penyakit jantung iskemik merekodkan peratusan tertinggi bagi kematian tahun lalu diikuti pneumonia, kencing manis atau diabetes mellitus (5 peratus), kegagalan buah pinggang 3.6 peratus) serta kemalangan jalan raya (3.4 peratus).

Bagaimanapun, data tersebut menunjukkan trend kematian berbeza mengikut jantina apabila penyakit jantung iskemik menjadi punca utama kematian lelaki (15.5 peratus), manakala pneumonia mendominasi kematian wanita (13.6 peratus).

Mengikut kumpulan umur, pneumonia menjadi punca utama kematian bagi kanak-kanak berusia 14 tahun ke bawah dengan 5.3 peratus.

Bagi kumpulan berusia 15 hingga 40 tahun, kemalangan jalan raya mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 21.3 peratus.

Menerusi info grafik dikongsikan, penyakit jantung iskemik pula menjadi punca utama kematian bagi golongan berusia 41 hingga 59 tahun (17.5 peratus), manakala pneumonia mendominasi kumpulan berusia 60 tahun ke atas (15.6 peratus).

Dari segi etnik, penyakit jantung iskemik menjadi punca utama kematian dalam kalangan masyarakat India dengan 17 peratus, diikuti Melayu sebanyak 14 peratus.

Sebaliknya, pneumonia merupakan punca utama kematian bagi etnik Cina dan Bumiputera lain dengan masing-masing mencatatkan 14.1 peratus dan 11.5 peratus.

Mengikut negeri pula, penyakit jantung iskemik menjadi punca utama kematian di Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, menurut data tersebut pneumonia menjadi punca utama kematian di Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE

The post Penyakit jantung, radang paru-paru punca utama kematian appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved