Penyakit Pernafasan Sumbang Satu Daripada Lima Kematian Global - Dzulkefly

LocalHealth & Fitness
15 Sep 2026 • 12:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Penyakit Pernafasan Sumbang Satu Daripada Lima Kematian Global - Dzulkefly

Penyakit pernafasan kini menyumbang kepada satu daripada lima kematian di seluruh dunia, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, menyedari realiti berkenaan, Malaysia terus mengambil peranan proaktif dalam memperkukuh agenda kesihatan paru-paru, termasuk memperjuangkan resolusi kesihatan paru-paru bersepadu pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-78.

Katanya, isu kesihatan paru-paru turut diangkat sebagai agenda utama di peringkat serantau menerusi Mesyuarat Menteri Kesihatan ASEAN Ke-17 (AHMM) baru-baru ini.

“Di peringkat domestik, Kerajaan sedang merancakkan pelaksanaan Inisiatif Kesihatan Paru-Paru 2025-2030,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut Dzulkefly, menjelang akhir tahun ini, sebanyak 902 klinik kesihatan di seluruh negara akan diperkasakan dengan saringan berbantukan kecerdasan buatan (AI).

Ujarnya, usaha itu turut disokong pangkalan data NALURY selain pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) secara tegas bagi melindungi generasi muda.

Beliau berkata, segala usaha dan inovasi berkaitan kesihatan pernafasan memerlukan sokongan data serta pembuktian saintifik yang kukuh bagi memastikan keberkesanannya.

Dalam hantaran sama, Dzulkefly turut memuji sumbangan sedekad NIHR Global Health Research Unit on Respiratory Health (RESPIRE) dalam memacu penyelidikan kesihatan awam.

“Saya memuji sumbangan sedekad RESPIRE dalam memacu penyelidikan kesihatan awam dan menyeru agar komuniti penyelidik terus bekerjasama rapat dengan penggubal dasar bagi menterjemahkan penemuan saintifik kepada amalan klinikal yang berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Saintifik Tahunan 2026 bagi RESPIRE yang menghimpunkan lebih 100 delegasi antarabangsa di Kuala Lumpur pagi ini.

Jelasnya, Malaysia kekal komited terhadap dasar kesihatan yang berpandangan jauh, dipacu bukti dan berpaksikan penyelesaian.

Baca juga:

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Universiti Malaya, University of Edinburgh serta seluruh warga RESPIRE atas dedikasi berterusan dalam mendepani cabaran kesihatan pernafasan global.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved