Penyampai Berita TV3 Didakwa ‘Hilang’ Seperti Zalina Azman, Pang Chinn Fei Respon – “Tak Muncul Di TV Bukan Bermakna Hilang”

LocalEntertainment
20 Aug 2026 • 1:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei tampil memberi penjelasan selepas namanya menjadi perhatian susulan sebuah video tular yang mendakwa dirinya sudah ‘menghilang’ daripada dunia penyiaran.

Menerusi laporan media, Chinn Fei memuat naik tangkap layar serta pautan video YouTube bertajuk ‘Dulu Setia Di Buletin Utama, Kini Ke Mana Hilangnya Pang Chinn Fei?’ yang dihantar oleh rakannya menerusi WhatsApp.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurut Chinn Fei, dia sendiri terkejut selepas menonton video tersebut kerana tidak mengenali pemilik saluran YouTube yang menghasilkan kandungan berkenaan.

“Semalam saya menerima pautan video ini yang dikongsi oleh rakan saya melalui WhatsApp.

“Agak terkejut juga setelah menontonnya kerana ada yang menghasilkan video mengenai saya.

Dalam masa sama, Chinn Fei memaklumkan terdapat beberapa maklumat mengenai dirinya dalam video tersebut yang kurang tepat dan tidak dikemas kini.

Menepis dakwaan dirinya sudah ‘hilang’, Chinn Fei menegaskan dia masih berkhidmat di Media Prima meskipun kini tidak lagi muncul di hadapan kaca televisyen.

Selain itu, dia turut berperanan sebagai mentor kepada penyampai berita baharu.

“Untuk makluman, saya tidak hilang seperti Zalina Azman dan masih bekerja di Media Prima namun kini berada di belakang tabir.

“Saya kini menjawat jawatan Editor Video Content Management (VCM) di Unit Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian TV Media Prima dan menjadi mentor kepada penyampai berita baharu.

Chinn Fei turut mengakui agak terkilan apabila video berkenaan meraih perhatian ramai dalam tempoh singkat sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Katanya, video tersebut hampir mencecah 150,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Walaupun begitu, Chinn Fei tetap menghargai sokongan serta kata-kata positif yang diberikan oleh warganet kepadanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nafiz2026-08-20 12:44:33

Pelakon Lelaki Didakwa Bercerai Dengan Adinda Sultanah Terengganu, Ini Respon - "Saya Tak Bujang Dan Belum Duda Lagi"

The post Penyampai Berita TV3 Didakwa ‘Hilang’ Seperti Zalina Azman, Pang Chinn Fei Respon – “Tak Muncul Di TV Bukan Bermakna Hilang” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved