Penyanyi Dikir Barat & 5 Individu Lain Didakwa Di Mahkamah Narathiwat Esok

LocalEntertainment
13 Jan 2025 • 2:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dikir barat Malaysia yang ditahan pada November tahun lalu bersama lima individu yang lain kerana didakwa memiliki 6,000 pil Yaba, akan didakwa di Mahkamah Narathiwat esok.

Memetik laporan dari Harian Metro, seorang ahli keluarga terdekat berkata, keluarga dan saudara mara penyanyi itu yang kebanyakannya berasal dari Kelantan dijangka akan menghadiri perbicaraan bagi menunjukkan sokongan mereka.

image is not available

Kami mahu penyanyi itu dan lima yang lain rasa bersemangat apabila melihat kami di sana.

Difahamkan, keenam-enam suspek dijangka menghadapi pertuduhan memiliki pil secara bersama dan pengambilan dadah.

Jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat mengesahkan bahawa pejabat Timbalan Pendakwa Raya sudah memfailkan kes itu kepada mahkamah selepas polis Thailand melengkapkan siasatan.

Sebelum ini, Penyanyi wanita itu dan lima yang lain termasuk suaminya, ditahan pada 1 Nov 2024 di sebuah hotel di Sungai Golok, susulan penemuan dadah bersama mereka.

Mahkamah kemudian meluluskan perintah tahanan reman polis sehingga 84 hari, mulai 4 Nov 2024 untuk siasatan lanjut.

image is not available 2 weeks ago

Penyanyi Dikir Barat Ada Kelab Peminat Di Penjara Narathiwat - “Mereka Akan Menyanyi Bersama-Sama...”