Penyanyi Dikir Barat, Lima Lain Didakwa Di Mahkamah Narathiwat Esok

13 Jan 2025 • 12:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dikir barat moden Malaysia, yang ditahan pada November tahun lalu bersama lima yang lain kerana didakwa memiliki 6,000 pil Yaba, akan didakwa di Mahkamah Narathiwat, esok.

Keluarga Hadir Beri Sokongan

Seorang ahli keluarga terdekat berkata, keluarga dan saudara mara penyanyi itu yang kebanyakannya berasal dari Kelantan dijangka menghadiri perbicaraan bagi menunjukkan sokongan mereka.

"Kami mahu penyanyi itu dan lima yang lain rasa bersemangat apabila melihat kami di sana," kata saudaranya yang berasal dari daerah ini.

Keenam-enam suspek dijangka menghadapi pertuduhan memiliki pil secara bersama dan pengambilan dadah.

Jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat mengesahkan bahawa pejabat Timbalan Pendakwa Raya sudah memfailkan kes itu kepada mahkamah selepas polis Thailand melengkapkan siasatan.

Penyanyi wanita itu dan lima yang lain termasuk suaminya, ditahan pada 1 Nov 2024 di sebuah hotel di Sungai Golok, susulan penemuan dadah bersama mereka.

Mahkamah kemudian meluluskan perintah tahanan reman polis sehingga 84 hari, mulai 4 Nov 2024 untuk siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved